Thursday 30 May 2013

simptom awal bulan

Pening, loya, sakit kepala, sakit pinggang, tumbuh jerawat, emosi tak menentu. Dah selalu sangat mengalami simptom-simptom cegini setiap kali akhir dan awal bulan. huhu... Ini lah dugaan bagi kaum wanita pada setiap bulan. @_@

Aigoo... tak tertahan jugak kekadang tu. Tapi nak buat macam mana, tahan jugak la. Setiap yang terjadi ada hikmah nye kan. sekurang-kurang nya aku tahu aku normal. alhamdulillah :)

Yang bestnya, setiap kali terkena simptom-simptom ni, mesti si dia pun alami benda yang sama. atleast dia rasa apa yang aku rasa. Im not alone ! ekeke. best jugaak bila berkongsi penyakit yang sama. demam sama-sama, pening sama-sama, gastrik sama-sama... semuanya sama-sama.. ehehe..

Orang kata, kalau banyak persamaan tu maksudnya jodoh kuat ! ahaks.. Harap-harap jodoh kitaorang panjang. Amin.. amin...

Wednesday 29 May 2013

Kepuasan yang tak terkata

Aummmm .. auchakkk ! >_<

wah... happy nyer ? hahaks... Bila happy tu mesti ada sebab nye kan... mahu nye tak happy. aku ni dah la ada masalah 'membuang'. tak tahu la kenapa... my mom cakap kalau minum teh susah nak membuang. means, jadi sembelit. Tapi aku tak minum pun teh.

Kalau kat kolej. kat rumah tu, dorang semua dah tau. kalau nampak sehari tu aku happy and muka berseri semacam je, maknanya hari tu aku dapat membuang dengan jayanya. kalau tak.... berkerut-kerut muka aku macam tak cukup asam jawa je. haha! yela.. mana nye nak selesa, kalau tak lepas-lepas. rasa macam ada yang tak kena je . Tak selesa langsung! Tapi, lepas membuang tu memang puas gila baq hang! hua3..

aku ada perasan satu benda. setiap kali aku lepas makan megi, mesti dapat membuang dengan selesa. Dah banyak kali macam tu... Kira okay la kan. atleast aku dah jumpa cara penyelesaian masalah aku ni. Maybe sebab megi tu pedas sangat. Tapi, sambal belacan my mom lagi pedassss kot. tapi tak pulak aku membuang.... haa lagi satu, setiap kali lepas makan kenduri, malam tu confirm aku berulang-alik ke toilet.. huhu.



Tuesday 28 May 2013

Pengikat kasih sayang bonda dan ayahanda

Hubungan mana yang tak dilanda badai. Semua jenis perhubungan pun mesti akan ada pahit manis, suka dan duka nya yang tersendiri. Aku pernah terbaca satu artikel, hubungan yang sentiasa gembira dan bahagia, tanpa konflik, maksudnya hubungan tu ada something wrong somewhere. iyelah, sedangkan lidah sendiri pun boleh tergigit, apetah lagi la hubungan antara dua orang individu yang berlainan pendapat dan berbeza pandangan. of coz lagi banyak dugaan dan salah faham yang belaku :)

Well, konflik, pergaduhan, merajuk, bertengkar ni semua perkara lumrah. Tak kisah la hubungan antara kawan-kawan, adik-beradik, suami isteri, kadang-kadang dengan ibu bapa pun boleh berlaku perselisihan pendapat. tak gitu? huhu

Macam aku dengan dia, dalam sebulan, tak sah kalau tak bergaduh. bukan lah bergaduh teruk-teruk tu. kitaorang selalu gaduh , ala... benda-benda yang remeh je. kekadang lambat balas mesej, tertidur, balas mesej pendek... see, benda kecik je... sebenarnya bukan ada apa pun... apa tu orang cakap, gaduh-gaduh manja... ahaks !

Bila bergaduh, tak sah kalau salah seorang dari kami tak cakap perkataan 'putus' actualy dah banyak kali sangat kitaorang cakap, "kita putus" aisehhh. Jangan betul-betul sudah lah.. Tapi benda yang tak berniat tak kan jadi kan? kan?

Tak sah jugak la kalau salah seorang dari kami yang tak merajuk. bila seorang tu dah merajuk, yang lagi seorang tu mestilah tukang untuk memujuk... selalunya dia la yang selalu pujuk aku. haha.. sweet kan! kalau aku merajuk lama-lama punya lamaaa... (ada la dalam setengah jam. haha) dia akan cakap macam ni , "bby x syg bie ke? xsyg junior?" bila dia mention nama si junior je, terus serta-merta hati aku jadi sejuk.... cool balik.... terus hilang merajuk.... iyela kan... siapa tak sayang anak oiii....

Selalunya dalam reality pun, aku selalu tengok , even suami isteri tu bergaduh bagai nak rak sekalipun, diaorang tetap bersama. alasan sebab kesian dekat anak-anak. tak nak anak-anak terabai.. bagus la macam tu kan. tapi xmau la gaduh teruk-teruk... tak baik untuk kesihatan. karang tak pasal-pasal kena tahan wad, sebab darah tinggi naik... silap haribulan, terkena sakit jantung, sebab selalu stress disebabkan bergaduh ..

Alkisah bebudak zaman sekarang

Its not about berat sebelah and aku tak suka budak. well, aku sangat suka kan bebudak. especially boys. ekeke =D gurls aku kureng sikit. Tak tahu la kenape. tapi serius la, bebudak memang suka aku. HAHA. aku pergi mana pun, sure lah budak-budak tengok and senyum-senyum dekat aku. siap mintak aku dukung lagik. :)

Panjang sebenarnya yang aku nak cerita ni, tapi untuk kali ni pendekkan seringkas-ringkasnye la eh . macam gini alkisahnya ... Hmm...

Ada sorang budak ni. Gila nakal. Degil. Buas. tak tahu lah aku nak describe macam mana. sesetengah orang cakap, memang bebudak macam tu. ya.. MAYBE ! tapi aku tak macam tu pun masa kecik-kecik dulu. and... bebudak lain yang aku tengok, baik je. means, kalau nakal pun, bila ditegur, atleast dengar kata.

Aku kureng berkenan kalau budak-budak yang suka memanjat sini sana, main benda-benda bahaya macam pisau. suka selongkar barang.. hmm.. aku bukan apa, aku cuma risau. yela, benda tu semua bahaya. panjat sini sana, nanti tak pasal-pasal jatuh, dibuatnya patah. tak ke lagi haru? main pisau, benda-benda tajam, dibuatnya tercucuk mata, idak ke dah hilang penglihatan? tercucuk perut orang lain, nasib tak baik, nyawa pun boleh melayang!

Aku tercakap macam gini dekat mama . "Tak nak la tegur-tegur budak, nanti tak pasal-pasal kenan pulak dekat anak nanti." lols. my mom terus ternganga. actualy aku pun bukan sengaja nak cakap macam tu. HAHA. Chopp.. tapi, even tak preggy pun boleh kenan ke ? err... ~~'

Monday 27 May 2013

Penangan Sushi King

Sushi King tak halal ? Gulp~ Rasanya bukan semua produk mereka tak halal, cuma mereka tidak dapat pengesahan halal daripada JAKIM. Sushi King sendiri kata produk mereka free pork, tetapi ada beberapa hidangan di masak mengguna mirin iaitu sejenis alcohol. Kalau dah nama alcohol, walaupun dalam kuantiti yang sedikit, ia tetap haram dimasukkan ke dalam mulut. :-)

Bila ragu-ragu sesuatu benda tu halal atau tidak, ia dikategorikan sebagai syubhah. iaitu menghampiri kepada haram. oleh itu, sebaik-baiknya sebagai umat islam menjauhi benda-benda yang syubhah tersebut.

Ingat, setitik benda haram yang memasuki ke dalam tubuh manusia, ia akan menjadi darah daging kita... Bila dah terpalit noda-noda hitam, walau sekecil zarah sekalipun, sukar untuk ia kembali kepada bentuk asal yang putih bersih. Kadang-kadang kesilapan macam inilah yang sering menganggu aktiviti pelajaran kita, hilang fokus, malas melakukan amal, mudah marah, dan sifat-sifat mazmumah yang lain.

Btw, baru beberapa hari lepas je makan sushi dekat sushi king. hmm... Lepas ni kena lebih berhati-hati.

Sunday 26 May 2013

Perasaan yang terpendam

Hubungan kita ni ada masalah. Bie tak rasa macam tu ke? Bie tahu kan, bby nak kan yang terbaik untuk bie. so, dalam hubungan ni pun bby dah cuba sehabis baik. Bie tahu kan sayang? Bby bukan lah sempurna mana pun. i'm just an ordinary girl. So, sudah pasti bby pun ada lakukan kesilapan. Bby bukan nak menangkan diri sendiri, tapi bby just bagi tahu bie, benda yang betul. Benda yang bby rasa. Bby harap kali ni bie sudi berbincang benda ni dengan bby. please bie... untuk hubungan kita :-(

Bby sayang bie sangat-sangat. Bby sayang hubungan ni. Kita kenal bukan sebulan dua bie. kita dah nak masuk tiga tahun. Jadi, tak salah kan kalau kita luangkan sedikit masa untuk discuss hal ni?

Kita tak macam pasangan lain, itu kita yang minta sejak awal-awal kita kenal. Kita tak macam orang lain yang selalu jumpa, dating, even bergayut dekat telefon pun kita tak pernah. Bby hormati permintaan bie. in fact, bby pun tak suka buat benda-benda macam tu. Oleh itu, hubungan kita ni sangat terhad. Tambah-tambah kita ni bercinta jarak jauh. sms tu aje lah jadi tempat kita berhubung. Itu bby tak kisah. Bby selesa macam tu.

Tapi, dalam keadaan macam ni, bby rasa ada sedikit masalah, bila setiap kali bby sms panjang-panjang. Bie selalu balas pendek. kadang-kadang bie just respon ayat terakhir yang bby cakap. kadang-kadang benda tu lari topic. Dah lama bby perasan benda ni. Bby dah tegur bie, tapi bie tetap buat benda yang sama. Bie rasa, kalau kita berterusan macam ni, kita boleh bahagia? Jujur bby cakap, tak selalu dan tak selamanya bby boleh tahan macam ni. hati bby sakit. bby rasa macam bby je yang syok sendiri, rasa macam bercakap sorang-sorang. haha .. Tapi, kalau dah terpaksa, kalau bie memang tak boleh nak berubah, bby hormat keputusan bie. bby tak paksa. Bby rela hat bby terluka, biarlah bby tak bahagia. asalkan orang yang bby sayang happy.

Bila jadi macam ni, bie selalu nak salahkan bby, macam bby yang punca hubungan ni tak happy. hambar, suram... kenapa salahkan bby? masa tu juga la bie cakap nak cari perempuan lain. kalau bie rasa bby ni teruk dan tak boleh bahagiakan bie, bie pergilah... pergilah cari perempuan lain yang mampu bahagiakan bie. bby rela ... untuk kebahagiaan bie.. bila bby cakap macam tu, bie marah. bie cakap bby cabar bie. tapi ? biarlah bie... biar bby pendam segala perasaan ni.... itu lebih baik untuk kita...

# tak sampai hati nak luahkan dekat dia. aku tau dia tak kan boleh terima.

Saturday 25 May 2013

Kuberikan 24/7 untuk Teman Hidupku

Bila aku kata aku mengantuk, dia cakap "Tidurlah."
Bila aku tidur, dia cakap "Asyik tidur je, bukan nak temankan dia."

Tapi dia yang suruh aku tidur, aku tidur jela dulu. tetiba nak marah-marah.
Cuba kalau dia cakap jangan tidur, temankan dia. Mungkin la aku akan temankan dia sekejap. sebab sejak dua menjak ni, aku memang mengantuk awal. Bila aku tertidur pun, dia marah. Tapi, kalau dia tertidur, tak apa pulak. kekadang aku marah jugak la. tapi dia boleh cakap "Cuba la faham, bie ni mengantuk sangat. Letih. tu pun nak marah ke?" See, alih-alih aku je la yang salahnye... hmm...

Dia cakap nak aku temankan dia, selalu ada dengan dia 24/7 okay, itu aku faham. aku pun memang nak selalu ada temankan dia. Tapi, dengan harapan aku pun dapat benda yang sama. Means, dia pun selalu ada untuk aku 24/7 . Tapi tak....

Kekadang dia balas mesej lambat, aku diam. Aku faham dia nak spend time dengan family or buddies. so aku tak kacau. Tapi, bila aku balas mesej lambat, dia marah-marah. then, bila dia mesej lambat, aku pun marah dia jugak. sekali dia cakap macam ni "Tolong la faham, bby jugak suruh bie spend time dengan family. ni kenapa nak marah-marah?" macam tu pulak??

Tekanan aku . Tolong la. aku dah cuba sesuaikan diri dalam situasi ni, but i can't. Kadang-kadang aku macam dah nak faham. tapi sebenarnya lain. kekadang, yang sebenarnya lain tu la , sebenarnya benda yang aku dah faham sebelumnya. [agak complicated n serabut.. kenn.. hmmm]

Aku pernah cuba nak slowtalk dengan dia, bincang pasal ni, tapi dia tak faham... dia tak faham maksud sebenar aku. and he must said like this "Kenapa nak ungkit?" "Bby tak faham bie?" "kalau Bby tak boleh terima bie, bie tak kan ganggu bby"

see!! bukan itu yang aku mahu. bukan tu yang aku maksudkan. sama sekali TIDAK. TIDAK uols... hmm. so macam mana. macam mana aku harus lakukan. Aku harapkan dia cakap ceggini "Bie akan berubah. Bie tak kan buat macam tu lagi." Itu je. settle...

Aku bukanlah nak suruh dia berubah jadi yang macam aku nak. in fact, memang aku terima dia seadanya. Tapi dia pun, tolong la terima aku dengan apa adanya... hmm.... and aku tak kisah pun kalau kena berubah 360 degree sekalipun. aku akan buat anything untuk dia. Itu lah.. aku pun ada hati n perasaan, right? hmm... ada fikir apa yang aku rasa? sakit beb..